Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 5 April 2012

500 RIBU KE DATARAN MERDEKA

MAHASISWA DAN ANAK MUDA BAKAL TURUN HIMPUNAN MANSUH PTPTN dan BERSIH 3.0

Anak muda dan Mahasiswa inginkan keadilan. Justeru , kami berikrar akan turun ke Himpunan mansuh PTPTN dan Bersih 3.0 yang masing-masing akan diadakan pada 14 dan 28 April.

Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Himpunan ini akan diadakan di Dataran Merdeka – Jam 2 Petang – pada 14 April ini. Himpunan ini adalah sebagai persediaan atau “acara warming up” sebelum Bersih 3.0.

Sementara itu , berikutan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pilihan parlimen untuk penambahbaikan proses pilihan raya (PSC), gerakan pendesak reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berasa kecewa kerana mereka tidak membawa lima tuntutan yang lepas. Rentetan daripada itu, pada hari ini Penganjur Bersih 3.0 bersama Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) , Datuk A. Samad Said mengumumkan bahawa perhimpunan seterusnya iaitu Bersih 3.0 akan diadakan pada penghujung bulan ini jam 2 petang – 28 April – di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dengan slogan “duduk bantah.”

Kami melihat terdapat beberapa perkara dalam PSC yang sesuai untuk digunapakai. Namun begitu , terdapat juga banyak perkara yang tidak tencapai seperti yang diharapkan. Oleh itu, kami menggesa anak muda, dan mahasiswa supaya turun Bersih 3.0 bagi menuntut keadilan dan pilihan raya yang bersih untuk kali ini.

Tambahan pula, kami berharap supaya pilihan raya akan datang dapat dilaksanakan dengan telus bertepatan dengan lapan tuntutan BERSIH 3.0 bagi masa depan negara yang lebih baik.Kita tidak boleh begitu ghairah dengan menghalalkan cara yang buruk asalkan matlamat tercapai kerana apabila nilai menjadi terlalu relatif, orang ramai terutamanya anak muda akan berasa kecewa dan muak dengan gejala buruk dan politik yang jijik. Mereka akan bertanya adakah sudah tidak wujud lagi nilai baik dan salah dalam kamus politik kita ? Jadi, tidak hairanlah soal kepimpinan, politik dan hal ehwal semasa tidak dipedulikan oleh anak muda kerana politik jijik menjadi sanjungan. Kekecewaan generasi muda pada hari ini akan merugikan serta menghasilkan generasi muda yang lemah atau mediocre.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga menyeru supaya seluruh masyarakat termasuk pemimpin politik, NGO dan rakyat akan turut bersama menyertai himpunan mansuh PTPTN dan Bersih 3.0 bagi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Kita percaya kepada sistem demokrasi yang telus serta mendukung Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang tertinggi dalam negara ini. Jadi , usah takut, usah gentar. Ayuh turun!

Muhamad Safwan Anang @ Talib;
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
0148408219

DEMO ADALAH BUDAYA KITA

NOTA:
sebelum ibu segala demo
di dataran merdeka 28 april ini
ada disediakan anak anak demo
untuk latihan untuk memcuna
sila pilih yang mana satu

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt aku cadangkan.. Bdan betindak patut pikirkan plan B & C.. Jika himpunan ini di gagalkan pada tarikh yg kita dah setkan.. Skg dah mula hebahkan apa plan B & C kita. Sperti jgn balek ke kampung masing2 dulu.. Kita sambung himpunan kita pd hari berikutnya.. Smpai kita berjaya bhimpun dan tunjuk kepada seluruh negara akan desakan 8 tuntutan kita.. Pihak sebelah sana juga mgkin skang sudah aturkan perancangan yg hebat utk gagalkanbersih 3.0 - org kluang

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

sudahlah belajar kena pinjam,keluar belum tentu dapat keje,gaji ciput,kos sara hidup tinggi,nak bayar ptptn lagi,bertahun jugaklah baru leh settle,sedang kami juga ada komitmen lain dalam beberapa tahun,nak kahwin,nak beli umah,nak beli kenderaan,dah tu plak selagi tak settle x leh keluar negara,macamne ngan mereka yang nak cari peluang kerja di luar negara?tahukah menteri dengan bekerja diluar negara dalam masa 1tahun kami boleh langsaikan hutang dengan cepat kerana gaji sana besar bila diconvertkan dalam RM,tapi kerajaan lebih suka lihat rakyat merempat dari berjaya di luar negara dan bayar balik hutang,kalau xnak rakyat berhutang jangan sekat hak rakyat untuk mencari rezeki,seolah2 rezeki tu ditangan mereka,dah la tak ambil peduli nasib rakyat,menkaya dan membuncitkan perut sendiri je,sedang rakyat makan makanan tak berkualiti dari kedai murahan mereka yang harganya standard kedai biasa je,alasan atas nama kedai murah je,piirah...himpun bantah!!!

Elelelle semua nie nak populariti ker?