Khamis, 5 April 2012

28 APRIL - IBU SEGALA DEMO



KOMENTAR TUKAR TIUB


masa nya telah tiba
saatnya telah sampai
masa menghantar memo sudah tamat
masa berbincang sudah abis

khatam koghia
fin
finish
finito
khatam
khalas
dah abis


semua yang wajib dibaca telah dibaca
semua penipuan telah di ketahui
semua kong kalikong telah terbonggeng
semua trik telah di bongkar

hanya orang bodoh mahu ditipu

justeru,
masa untuk bertindak telah sampai
masa nya ialah 28 april 2012
500 ribu ke ke dataran merdeka

inilah ibu segala demo
ini lah ayah segala demo
mak datuk inilah panggilan zaman
untuk kita semua turun ke dataran merdeka!


IBU SEGALA DEMO




TASK FORCE PENGUNDI ASING DIDEDAH
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.


KE DATARAN MERDEKA 28/4



2 ulasan:

Lang berkata...

suruhan jaya diraja ada lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

Jika PR dapat menawan Putrajaya kelak, bicarakan Wan Ahmad Wan Omar ini lalu jatuhkan hukuman gantung sampai mati atau letakkan beliau sekali dengan pesalah rogol tegar selama 20 tahun dan sebatan 500 kali.....boleh kah? BN boleh buat negara ini macam mak bapak mereka yang punya, takkan PR tak boleh buat begitu terhadap mereka.