Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 23 Mei 2011

KENYATAAN RASMI




KENYATAAN RASMI DR.WAN AZIZAH


Kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 merupakan satu tragedi. Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Saya sempat menziarah mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14. Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Tidak lupa dengan kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu.

KEADILAN memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat-tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua. Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

KEADILAN menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadinya tanah runtuh ini. Siasatan juga hendaklah dilakukan ke atas semua pembinaan bangunan dilereng-lereng bukit termasuk premis-premis persendirian. Sudah cukup Negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini.

KEADILAN
mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka. Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

1 ulasan:

fizie berkata...

salam..bro tanah runtuh tu berlaku kat lereng cerun kan? sy dapat info tu hutan simpan dara..persoalannya..kita semua di beri lihat pemandangan di bahagian tepi cerun sahaja..tp yg heran sy x nampak helikopter media merakamkn susana cerun dari atas..adakah gerombolan takut jika ada gambar snapshot diatas akan mendedahkn bahawa hutan itu sebenarnya telahpun gondol di bahagian tengah? berpunca dari pembalakan hutan sehingga hutan tersebut tidak boleh lagi menampung air bg kawasan yg terdedah..sifirnya mudah jika di bahagian tengah hutan sudah lapang dan tidak dilitupi maka hujan yg turun akan diserap oleh tanah,apabila diserap oleh tanah air itu akan mendap ke tebing atau cerun yang terdedah bagi pengaliran kerana tanah sifatnya lemah ia tidak boleh menampung air dalam kuantiti yang banyak..begitulah kegunaan pokok hutan untuk menghalang air dalam kuantiti banyak dari diserap kedalam tanah..dimana pokok bersifat sebagai penapis..jadi bila komposisi tanah semakin lemah kerana menampung air yg banyak..maka tanah menjadi mendap dan poros lalu menyebabkan tanah runtuh..