Jumaat, 8 Januari 2010

SILA BACA



KENYATAAN MEDIA


Tarikh: 8 Januari 2010

Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.

ANWAR IBRAHIM



BETUL KE BERITA INI ?



BUKAN APEK INI YANG JUAL TEA - JANGAN SALAH FAHAM




PENGGERAK INDUSTRI MAKANAAN, MINUMAN JAMIN HARGA TIDAK NAIK – berita hairan

Penggerak industri makanan dan minuman serta Persatuan Pengusaha Restoran memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan yang dijual, di sebalik kenaikan harga gula.

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob, berkata persetujuan itu dicapai dalam satu perjumpaan yang diadakan di kementeriannya, di sini, pagi tadi.

KAH KAH KAH

nota:
biar hambo royak:

di kedai tea china sebelah petaling street
dua minggu dulu secawaan tc kosong harganya 1.10 sen.
dua hari lepas gula naik harga – tc kosong jadi 1.30 sen
ini hambo sendiri yang minum.

bila hambo tanyo :
ini tc kosong tak pakai gula

apek tu tersenyum saja

nak buat macam mana
tak kan nak tangkap apek tua ni
selipar jepun dia pun dua dua sebelah kiri kah kah kah




BUKU TERPENJARA



BABOON PUN BERATUR SEJUK KERNA NAK BELI BUKU




BUKU DALAM TAHANAN BEBAS DI JUAL DI SINGAPURA – merdeka reviewa

Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.

Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.

nota:
kalau nak baca cerita penuh sila pergi ke:
merdekareview.com


nota:
kalau nak dapat buku sila pergi ke singapura
kalau nak maleh membaco tak dapek den nak nolong kah kah kah




LAIN YANG DIMINTA - LAIN YANG DIBERI



INI BUKAN STADIUM RUNTUH - INI GAMBAR LORI




INI BARU BETUL GAMBAR STADIUM RUNTUH




GAGAL PATUHI SPESIFIKASI PUNCA STADIUM RUNTUH - malaysiakini

Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

KAH KAH KAH…

woit… LEBIH BANYAK PASIR PADA SIMIN… SEMUA ORANG TAHU…kah kah kah..

woit… PAKAI BULUH UNTUK GANTI BESI … SATU MALAYSIA TAHU… kah kah kah..

woit… ATAP PASANG PAKAI GAM KERTAS… SATU MALAYSIA TAHU…kah kah kah…

woit… YANG SATU MALAYSIA NAK TAHU…MACAM MANA BOLEH LULUS… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA NAK TAHU…SIAPA YANG TANDA TANGAN KELULUSAN… kah kah kah..

nota:
macam mana diluluskan
adakak unsur tumbuk rusuk disini
atau hanya ada tumbuk lada kah kah kah




BERITA BAIK UNTUK PEJALAN KAKI - HARGA MINYAK AKAN NAIK



MENGALU ALUKAN KEDATANGAN HARGA MINYAK YANG BARU




DUA HARGA PETROL MULAI 1 MEI – berota hairan

Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Dia berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

KAH KAH KAH…

woit… NI MACAM MANA NI?... kah kah kah…

kah kah kah… DI KEDAI MINYAK ADA PUM YANG BERBEZA KE?... kah kah kah..

kah kah kah…. MACAM MANA ORANG JALAN KAKI?.... kah kah kah…

kah kah kah.. BILA NAK BAGI SUBSIDI...kah kah kah

kah kah kah… MACAM MANA YANG NAIK BASIKAL…. kah kah kah…

kah kah kah... ULUR ULUR LAAAA...UNTUK YANG MENGAYUH...kah kah kah

woit…. YANG NAIK BAS MACAM MANA?.... kah kah kah…

nota:
tunggu dan nanti
mat kelam dan lebai kabut akan datang
tunggu dan nanti
perbandingan harga minyak - di malaysia lebih murah dari di sweden
tunggu dan nanti
harga barang makanan makin mahal

tunggu dan nanti bila beras naik akan ada
cadangan jangan makan nasi kerana beras mahal
kena makan roti

tak percaya?
sila tanya pelajar itm tahun 70’an semua diberi makan roti
kerena makan roti akan jadi pandai macam mat salleh kah kah kah





ORANG MELAKA NAK KENA BUAI KEMUDIAN KENA TIPU



DI KUALA LUMPUR TAK LAKU - TAK KAN LAKU DI TANJUNG KELING




MELAKA SEDIA BELI BUAIAN EYE ON MALAYSIA - mStar

Kerajaan Melaka bersedia untuk membeli buaian pusing 'Eye On Malaysia' yang telah diarah menghentikan operasinya mulai hari ini, berikutan arahan sita daripada mahkamah. Tindakan menyita kawasan Eye On Malaysia, yang terletak di muara Sungai Melaka di Taman Kota Laksamana di sini, dilakukan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lepas yang membenarkan permohonan pemilik asal buaian itu dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik buaian itu di sini.

Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… DAH BANGKRAP…. NAK BUAT APA SELAMATKAN…kah kah kah…

woit… INI MEMANG TUJUAN KAPITALIS NI …kah kah kah..

woit… NAK JUAL BARANG TAK ADA GUNA DI MALAYSIA…. kah kah kah..

woit… BUAT APA SELAMATKAN...MACAM SELAMATKAN JANDA ARAB…. kah kah kah…

woit… BIAR PERGI MAMPUSLAH… BIRAKAN BARANG KENA RAMPAS..kah kah kah…

woit… BIAR KAPITALIS NI BAWA BALIK BESI BURUK… kah kah kah

nota:
atau ada kroni yang telah lobi
atau ada member yang sudah kena jolok
kalau duit 17 juta itu buat belanja tubuhkan kelas dewasa lagi baik
bagi cerdik sikit ketua munkee ini
ini bodoh macam seluar dalam kah kah kah




KENAPA TAK BERITAHU AWAL AWAL



HANTAR KE KEDAI JUAL BESI BURUK




NILAI SEBENAR F-5E RM303,570: AHMAD ZAID – berita hairan

Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk "afterburner" ialah RM303,570.

Dia berkata, nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran mata wang negara pada masa itu.

"Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu," katanya di sini, hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… APA TAK CAKAP DARI DULU… kah kah kah…

kah kah kah…KALAU MACAM INI…. KERETA KANCIL LAGI MAHAL DARI F-5E… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU MURAH MACAM INI… BUAT APA HEBOH HEBOH…kah kah kah..

woit… KALAU MURAH MACAM INI…. KITA SEDEKAH JARIAH SAJE…kah kah kah…

kah kah kah… KALAU MACAM INI HARGA EYES ON MALAYSIA LAGI MAHAL… kah kah kah..

kah kah kah… BUAT GEMPAQ BUAT APA…kah kah kah…

woit… INI SUDAH JADI KES JUAL BESI BURUK…. kah kah kah…

nota:
tolong siapa rajin tanya lebai google
berara harga sekilo besi buruk ini kah kah kah.





BAHASA JIWA BANGSA



KEMPEN TAK HABIS HABIS - SAMPAI DATANG BULAN





ORANG RAMAI BOLEH NILAI PRESTASI BALAI POLIS DALAM BIG LEAQUE TABLES
- mStar

Orang ramai kini boleh membuat penilaian dan memantau secara terus prestasi setiap balai polis melalui "Big League Tables" yang menjadi metodologi baru Polis Diraja Malaysia bagi memastikan peningkatan prestasi perkhidmatan mereka.

Kaedah itu dilancarkan oleh Musa Hassan di Maktab PDRM di Cheras di sini hari ini sebagai sebahagian usaha mengurangkan kadar jenayah yang menjadi satu daripada keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pasukan polis.

KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH…


woit… AYAH DINO ENTOT ENTOT….MANA MALAON INI HILANG…kah kah kah…

kah kah kah… KELMARIN BARU CAKAP NAK GALAK BAHASA MELAYU…kah kah kah..

woit… KEPALA BANA APA BIG LEAGUE TABLES INI….kah kah kah..

woit… INI BAHASA MONGOLIA KE…kah kah kah..

woit… MAT REMPIT DAN MAT PET TAK FAHAM…. kah kah kah…

kah kah kah… LIGA MEJA BESAR INI JADAH NYA?.... kah kah kah…

woit… MEJA MAIN GIN RA MI ATAU MEJA MAHJUNG… kah kah kah

kah kah kah… MEJA BESAR NAK KUMPUL DUIT BAWAH MEJA KE ?… kah kah kah…