Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 4 Mac 2009

PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA



PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA


Lalu mereka pun berkumpul lah di bawah pohon sena itu

Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu

Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki

Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok

Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul

Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan

Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang

Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.




8 ulasan:

fredo berkata...

semuanya telah tersedar dr lena..

suku sakat hantu dlm bahaya..

semua seba x kena..

segala jentera dikerah..

tukang tipu dgn kerjanya.. di meja sunting memerah otak..moga kalian percaya hendaknya, kerna itulah sumber rezekinya..bekerja dgn hantu, nk buat cemana.. kalo x buat, mmg xaman hidup di ganggunya..

maka, yg sedar telah mmbuka mata, cuba mengejutkn yg masih terlena, ada yg marah bila dikejutkn.. resam dunia, mana mungkin hati bersatu..

Sudin berkata...

salam abang isham,

pokok sena getahnya merah kalau ditoreh,
getah merahnya seakan darah manusia.

Faizal Riduan berkata...

Bro Isham,

Sure ke pohon tersebuat ialah Sena?
Saya terbaca ada kata pohon Kepayang ada kata pohon Ketapang dan tidak kurang pohon Beringin.

Yang mana satu ni?

Tanpa Nama berkata...

"Yang bersinglet datang bersinglet,
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek"

hahahaha aku suka bait yang ini hahaha

A Y Zain berkata...

Bro,

Pohon sena menjadi saksi
bahawa merekalah pendokong demokrasi
bukannya seperti hantu-hantu kerakusan kuasa
yang cuba menekan rakyat dari bersuara

Husaini berkata...

Pandai abang Isham wat gurindam..haha..memang kontemporari dan menusuk tajamlah..hehe

chayroul berkata...

muahahahaha....tak dapat aku bayangkan macam kat kampong aku..muahahahaha

chayroul berkata...

muahahahaha...macam cina pakai singlet kat kampung aku jer.. naik kapcai helmet steng...muahahahaha