Selasa, 30 September 2008

ESOK DI KAMUNTING

Malam ini pintu sel ditutup jam 7.00 petang. Kalau sendirian maka sendirianlah. Maghrib dan tarawikh dalam sel. Takbir didengari dari belakang tembok.

Esok subuh kedengaran azan. Pintu sel di buka jam7.00 pagi. Baju yang itu, yang itu jugalah. Sudah dibasuh dan himpit bantal. Seluar biru dan baju putih.

Kunci pun dibuka. Pegawal sampai. Lalu beratur dari blok ke blok menuju ke masjid. Maka untuk pertama kalinya dapat bertemu dan bersalaman. Maka ternampak muka - muka yang baru dan muka yang lama. Tak puas-puas bertanya khabar. Dari mana dan sel mana. Blok mana dan asal dari mana.

Imam pun berkhutubah diantara kebun-kebun sayur dan bilik-bilik orang salah. Bagitu ramai banduan dan tahanan. Melimpah ruah hingga ke laman. Semuanya berdoa dan berjanji. Si banduan menyesal tak buat lagi. Si tahanan bertekad menguji diri

Maka terigatlah anak dan isteri. Mereka yang lama tidak ke sini.

Habis khutbah beratur lagi. Pulang ke blok untuk menikmati makan. Hari raya menu nya hebat sekali. Ada kueh kek ,pisang dan roti.

Hari ini macam semalam.Hari semalam macam dahulu. Hari dahulu macam 2 bulan dulu. Hari dua bulan dulu macam tiga tahun dahulu. Hari tiga tahun dahulu macam enam tahun dahulu.

Hati berdebar menunggu angka di panggil - 2504!

Di luar dari subuh lagi anak isteri telah beratur. Menunggu giliran untuk bertemu. Nasib baik dapat makan semeja. Kalau tidak dalam bilik pertemuan dipisah oleh jeriji. Tak boleh usik badan tak boleh raba gigi.Nak cium pipi jauh sekali.

Nasib baik banyak saudara yang datang. Ada lemang dan nasi impit. Kalau nasib baik dapat bawa ke dalam sel. Jika ‘ikut arahan’ semua tidak di bolehkan.

Tidak banyak yang hendak di cerita. Mulut penuh lemang sambil hendak mendengar berita tentang si polan dan si anu. Tentang kenduri kahwin dan yang meninggal dunia. Tentang anak sekolah dan periksa tahunan. Tentang duit tak cukup dan sewa rumah. Tentang cari kerja dan pembantu di rumah.

60 minit semua selesai. Maka pulanglah ke dalam sel. Hati berdebar jiwa bersedih. Hati menjadi tabah jiwa bertambah kaseh. Anak dan isteri, ibu dan mertua, kucing dan anjing, pena dan tinta – semua berligar dalam ingatan.

Jam 7.00 sel di tutup. Itu lah berhari raya di Kamunting.



SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB

Curvey, Siti, Mami dan saya mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca tukar tiub.

Saya akan pulang ke Jelebu di Negeri Sembilan untuk makan tapai. Kucing saya yang tiga ekor ini tinggal di rumah kenduri makan friskies dan air sejuk. Raya tahun ini mereka menerima dua ekor tamu baru – adik beradik mereka – yang dulunya diambil pilihara oleh keluarga yang lain.

Walau pun hari baik bulan baik – kucing-kucing ini – amat susah hendak berkawan. Bercekak dan menderam setiap masa. Nampaknya anak sudah tidak kenal ibu lagi. Abang sudah tidak kenal adik lagi.

Jadi raya ini jangan jadi macam kucing saya. Tak perlu bercekak dan menderam. Senyum dan ketawalah apabila makan tapai.

Tukar tiub tidak akan ada posting baru kerana di kampung teknoloji tak ada. Talipon bimbit pun tak ada line. Inilah indahnya duduk di pendalaman – kita tidak di ganggu modeniti.

Selamat Hari Raya – jangan melopong depan tv. Padamkan Tv dan berlabon sesama sendiri. Harap dapat jumpa lagi.



BERITA YANG PALING DITAKUTI

Adalah diberitahu bahawa Hari Raya pada Rabu ini telah dibatalkan kerana sebab-sebab teknikal….. inilah berita yang amat-amat ditakuti semasa saya membesar dahulu.

Kami, kanak-kanak selalu berlabon sesama sendiri hal ini. Kalau mereka bolih istiharkan hari raya maka mereka boleh juga membatalkan hari raya.

Bayangkan betapa takutnya kami di Jelebu kalau-kalau hujan lebat di Port Dickson. Apa akan jadi dengan anak bulan tenggelam dalam kabus. ( Sila dapatkan Off The Edge – keluaran terbaru – ada tulisan saya tentang puasa/raya – iklan kapitalis)

Tahun ini – 2008 – saya dengar di Eropah dah raya hari ini - Selasa. Betul ke ? Kenapa tak sabar-sabar. Tak kan kerana MU main petang esok depa semua nak hari hari ini.



HARI RAYA ESOK

KUALA LUMPUR 29 Sept. Tarikh Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.


Apa sudah jadi dengan upacara tengok anak bulan di Telok Kemang? Ini adalah tradisi turun temurun. Inilah pembudayaan Melayu. Sama juga macam Tangga Bradley di Kuala Krai. Ianya wajib dinobatkan sebagai artifek budaya dan sejarah.

Tanpa meneropong anak bulan magic hari raya hilang. Membuat yang lama bukan ertinya tidak maju. Membuat yang baru bukan semestinya tanda moden. Selalu bertukar tanda tidak ada jati diri. Tradisi ialah kekuatan bangsa. Bangsa tanpa tradisi tidak melahirkan tamadun.



EMPAT AKUR HUKUMAN LEMBAGA DISPLIN – U.malayau

JOHOR BAHRU 29 Sept. - Empat ahli UMNO Bahagian Kota Tinggi yang digantung keahliannya selama tiga tahun kerana didapati terlibat dengan rasuah politik oleh Lembaga Disiplin hari ini, akur dengan hukuman berkenaan.

Pencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, A. Malek Daing A. Rahman pula gagal dihubungi untuk memberikan sebarang reaksi
.

kah kah kah…. mamat malek daing ni sapa…. kesian dia lum dapat bertanding dah kalah…. kah kah kah…mamat ni mesti lebih hebat kerana beranai mencabar ketua bahagian…. hairan…. siapa ketua bahagian yang hendak di cabarnya?...lum start lagi dah kantoi…kah kah kah… mana pulak dia hilang…. tak kan dia hilang macam dino anak rais yatim….hingga tak dapat dihubungi….kah kah kah



SYED HAMID MENANG TANPA BERTANDING – U.malayau

JOHOR BAHRU 29 Sept. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi setelah pencabarnya, A. Malek A. Rahman digantung keahliannya kerana terlibat politik wang.

Keputusan menang tanpa bertanding itu ekoran ketetapan Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail yang diumumkan hari ini memutuskan A. Malek digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan
.

kah kah kah ….. baru jelas…. mamat malek ni nak lawan tok sheikh jilbab…. kah kah kah…. jilbab takut kalah ke…. kah kah kah… jilbab save by the bell…. Kalau tidak jilbab terduduk ketua bahagian pun tak leh menang…. cam mana nak lawan raja petra…kah kah kah

idea ni baik bagi tahu pada kj….. suruh dia kautim dan declare najib dan mukriz main politik wang…. kah kah kah… bukan susah nak buat… nanti pak mentua dan menantu menang tak bertanding…. kah kah kah….



UPKO JANGAN GUNA KELISIPAN KECIL JPN ALASAN KELUAR BN - mSTAR

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak berkata, Upko tidak seharusnya menjadikan satu "kesilapan kecil" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung taraf kerakyatan seorang penduduk Sabah sebagai alasan untuk keluar Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga menjejaskan kestabilan politik," katanya merujuk kepada rasa tidak puas hati Upko dengan tindakan JPN menukarkan status kerakyatan seorang wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua, daripada warga negara kepada pemastautin tetap selepas kad pengenalan wanita itu hilang di Penampang tahun lepas.


kah kah kah…. tak pernah dengar ke the last straw that break the camel’s back – jerami akhir yang mematahkan badan unta …. kah kah kah…. ertinya dah berat sangatlaaaa….tak reti ke…..jepun melancar perang pada ogos 1941 bukan kerana marah pada queen tak jemput duta jepun datang birthday party…. kerana kapal jepun dah lama ken blok… getah tak dapat beli… minyak dari indonesia tak dapat beli….kalau gua orang jepun gua pun marah… macam tu laa orang sabah… dah lama susah… dari negara terkaya kini negar termiskin di malaysia… baru minggu lepas 16 september di terima sebagai hari malaysia…. ini pun kerana Pakatan Rakyat….. kah kah kah ... dah nak bungkus tenggelam tu pasal orang ramai nak lari....tak kan tak faham



JANGAN BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN - AZLINA - U.malayau

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Para pengusaha pusat pelancongan dan hotel bajet di negara ini diminta tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan bagi mempromosi pakej pelancongan mereka.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, masih terdapat segelintir pengusaha yang tidak tahu untuk mengiklankan produk mereka termasuk kepada pihak media.

Saya dapati segelintir pengusaha seolah-seolah masih tinggal di dalam hutan kerana mereka tidak tahu untuk membuat iklan dan tidak mempunyai peruntukan bagi tujuan promosi.


kah kah kah…. minah gempal ni lagi…. ZOOOooooom apa cerita? apa dah jadi dengan cuti-cuti malaysia?..... rebanding? …kah kah kah…. atau bagi kroni baru…orang tak payah iklan dalam akhbar lagilaaaa…. dah ada internet….free lagi pulak…. kah kah kah…..jangan nak buat banyak pintu tol…. kena register… kena daptar… kena dapat surat… kah kah kah…. ni semua pintu tol….

bila nak buat laporan SUKOM 98… janji nak bentang kat parlimen…. Ni dah sepulh tahun…. Kerajaan pun dah nak berubah…. Tak kan nak bakar fail pulak nanti…macam toyo…. kah kah kah

leh tolong tak…. nak buat potoshop muka kat mana?.....kah kah kah