Jumaat, 5 September 2008

“SAYA PASTIKKAN 16 SEPTEMBER TIDAK AKAN BERLAKU ”�Abdullah

PUTRAJAYA 5 Sept. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak ada anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,� kata Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali berkata, bahawa ramai anggota Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September.


Kah kah kah….. betul betul…..saya sukun….. mana ada YB lagi …semua dah lari ke Australia…. Kah kah kah….

Woit … tak kan depa tu nak tinggal sana kot…. nak belajar BI… ka kah kah.

Bila depa balik nanti cam naaaaaa….. ni yang suspens ni….. macam nak tunggu tok mudim …. kaki dah ngeletar….. dah duduk atas batang pisang….. kain sarong dan buka.... kah kah kah….

SELAMAT BERBUKA PUASA

 

Kuala Lumpur redup, mendung dan hendak hujan.
Peniaga warong susah hati.
Angin kuat. Renyai-renyai sudah mula.

Hari ini terlalu banyak SMS sampai.
Hampeh. Jangan percaya.

Guruh makin kuat.

Raya lagi 25 hari.

Tak perlu pergi beli belah di Masjid India.
Jangan buat sibuk. Kalau baju koyak boleh jahit tak perlu beli baru.
Tak jahit pun tak mengapa. Lagi cool.

NAJIB LULUSKAN LAWATAN BNBBC KE LUAR NEGARA KERANA IA BERFAEDAH

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan satu lawatan ke luar negara untuk anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) kerana program itu berfaedah.

Timbalan Perdana Menteri berkata lawatan itu merupakan peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN kepada beberapa teknologi baru dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan berteknologi tinggi.


Kah kah kah….. lari jangan tak lari jang.....16 September nak datang ….kah kah kah..

Boto memang boto banyak faedah…… leh belajar buat C4 … kah kah kah… leh gi mongolia belajar buat susu…..kah kah kah…. buleh gi paris beli kapal selam... kah kah kah... leh gi russis beli kapal terbang... kah kah kah.

Woit bangang…. baru sekarang nak belajar…. kalau tak sekolah nak jadi mp buek gapo…. gi luar negara ni….. duit sapo pakai ni….. ooooi bujet dari mana? dari towkeh mano?

Ooooiii… sampai bilo nak lari…. … tak bulan sombilan bulan sopuloh tak rayo poso raya aji…. kah kah kah

PEMECAH BERITA - HOT! HOT!

Kesemua 12 Ketua dan 11 Adun  United Malays National Organisation Pulau Pinang akan mengadakan sidang akhbar bersama.

Sidang akhbar ini akan bermula jam 3.30 petang ini di Menara United Malays National Organisation Pulau Pinang.

Mereka dijangka akan mengumumkan pendirian bersama tentang isu asal usul 'pendatang' dari pandangan sejarah United Malays National Organisation.

waktu sekarang: 3.20 ptg

TERKINI ! HOT ! PANTUN MUFTI PERLIS UNTUK SAMY VELLU?

anak singa di Pulau Terberau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri

pergi mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri


Kah kah kah.... pantun ni untuk sapa ni.... gua  tak ambil sasteralaaaa.... gua ingat ini untuk sammy vellu..... dulu gua punya geng usman awang tapi dia  sudah arwah.... kalau tidak gua tanya dia....ni buat gua konfuse.... kah kah kah.

PROGRAM PARTI BOLEH SEMAI SEMANGAT PERJUANGAN – Berita Hairan

BATU PAHAT: Umno bahagian Batu Pahat mahu pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta diundang menyertai pelbagai program anjuran parti, terutama berkaitan perjuangan serta hala tuju negara pada masa depan.

Langkah itu bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan negara, mengenai apa dilakukan kerajaan bagi mencapai matlamat ditetapkannya itu.

Ketuanya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya juga mahu usaha dilakukan bagi menyemai semangat cintakan negara serta menghayati erti kemerdekaan secara lebih berkesan di kalangan orang Melayu, khususnya ahli Umno.


Kah kah kah….. woit cakap pelajar ada AUKU … tak leh campur politik….ni yang buat gua konfuse ni….. ramai dah kena buang dari universiti….. ada yang masih kena gi mahkamah bicara…..

Kah kah kah…. kalau boleh gua pon mahu masuk UM balik….. gua nak duduk kat speaker corner dan nak isap keretek gua …. Kah kah kah.

Tolong tanya kardi dari sintok …. apa udah jadi dengan BTN … anak anak kecil main guli…..kah kah kah.

TERKINI ! SURAT TENGKU KEPADA AYAH DINO

YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Luar Negeri,
Kementerian Luar Negeri,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 PUTRAJAYA Post & Fax No. 8889 2855


I read in today’s newspapers that you have issued a statement that you will respect the decision of the ICJ and that Malaysia will be engaging in technical discussions on various aspects of Singapore’s claim to territorial waters and their Economic Zone. No doubt this has been done with the approval of the Prime Minister and the Cabinet.

I wish to state that I am unhappy and concerned with the outcome of the international arbitration on the state of Batu Putih.

I am deeply dismayed that the interests of the state of Johor were never brought to the attention of the Court.


Kah kah kah …… 46 cakap dengan 46 pun pakai mi no spik inglish….. cam no ni… woit johan jaafar tak kan u nak senyap je….. hassan ahmad u gi mana?

Kah kah kah…. mana gi Segerawan Melayu dalam PENA dan GAPENA ngambur-ngamburlaaaa…kah kah kah.

Ampun kan patik Tengku Razali…… kenapakah Abanganda Tengku tidak menulis warkah resmi ini kepada Kekanda Rais Yatim dalam Bahasa Melayu. Apakah Abanganda Tengku terlupa akan perjuangan kita bersama untuk menobatkan Bahasa Melayu….. kah kah kah

Jika baginilah perangai Abanganda Tengku...... den pun tok nak calonkan jadi PM  kah kah kah...

TERKINI ! HOT !

Ahli-ahli Parlimen BNBBC yang diminta menghantar kopi muka depan passport mereka akan ‘melarikan’ diri ke Australia.

Para YB yang diminta 'lari' ini bukan hanya dari Sabah dan Serawak tetapi ke semua ahli Parlimen dari semua komponen Barisan Nasional.

‘Pelarian’ ke Australia ini bertujuan untuk menjauhkan mereka dari berada di Malaysia pada 16 September ini.


Kah kah kah…… ooooi nak lari ke mano? Tak nak rayo kek kampong ko…. Jang oooi kao nak makan tolo kangaroo ko kek sano.

Kah kah kah….. sapo suruh pogi australia….. mat taib punya marah…. Dia tak boleh masuk sano…. Kalau masok kono tangap…..mi no spik inglish…. kah kah kah kah.

ORANG MUDA LARI LINTANG PUKANG BILA TENGOK UMNO

Kini krisis keyakinan melanda Pergerakan Pemuda UMNO bila generasi muda telah menampakkan sikap mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO semasa pilihan raya umum lalu dan terbaru semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan BN/UMNO sedang berdepan dengan masalah besar iaitu penerimaan golongan muda.

Sambil mengakui suasana itu merupakan masalah masa depan Pemuda UMNO, Khairy berkata,"ramai dikalangan ahli pemuda atau umur pemuda tidak menyokong BN dan UMNO lagi, ianya menuntut satu perubahan."


Kah kah kah….. woit sini ada macam-macam idea cam na nak buat generasi muda sokong united malays national organisation:

1 – antar ke khutub utara suruh dia orang menjerih – malaysia boleh ! kah kah kah
2 – suruh dia orang buat ketupat terbesar untuk raya ni… kah kah kah
3 – suruh dia orang menongeng ramai-rami dan kentut sama-sama untuk buat rekod ….kah kah kah ( sapa terkincit kena rotan…. Kah kah kah )
4 – istiharkan ahli-ahli yang umur 50 tahun ke atas sebagai pemuda macam MB pahang…kah kah kah
5 – paksa dia orang sumpah laknat tujuh keturunan macam u cakap kat permatang pauh dulu …. sumpah untuk apa? Woit.... gua pun tak tahu laaaa…sumpah untuk apa..kah kah kah.

RAMLANG DIMINTA MOHON MAAF – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof. Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menuntut Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dan akhbar Suara Keadilan serta Siasah meminta maaf secara terbuka kepadanya.

Beliau berkata, tuntutan ini berhubung penyiaran kenyataan fitnah Ramlang di dua akhbar tersebut yang telah mengaitkannya sebagai orang yang mengatur dan menguruskan acara sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Kah kah kah….. seorang lagi profesor kang kung…. kah kah kah…. bila pulak kang kung ni jadi profesoor. Woit sapa ada pergi ke sintok sila tanya kang kung ni mengajar kat sana ke…… kah kah kah.

Maaf kan kami
Maaf kan kami
Maaf kan kami
Berapa kali nak minta maaaaf daaaaaa….. kah kah kah.

Sumpah I tak buat lagi……kah kah kah.

PAC DI JANGA BINCANG ISU KERETAKAN – Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dijangka membincangkan isu mengenai punca keretakan terbaru tiang rasuk jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Aidilfitri ini, selepas menerima laporan siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata walaupun JKR memberi jaminan laluan itu kini selamat diguna, punca keretakan terbaru pada 3 Ogos lalu perlu disiasat bagi memastikan siapa bertanggungjawab dan patut menanggung kos baik pulih.


Kah kah kah…. berapa ratus juta sudah lesap….. ini gudang rasuah….. nak tahu nama syarikat yang buat jalan ni…… kah kah kah … Bumi Highway…. Kah kah kah.

KESAL NAFI SUMBANGAN BAPA KEMERDEKAAN – Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Penganalisis dan pakar sejarah menolak tanggapan pihak tertentu yang disifatkan sebagai cuba menafikan sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, sebagai pejuang kemerdekaan tulen dan tidak layak digelar 'Bapa Kemerdekaan'.

Laporan yang disiarkan melalui laman web sebuah akhbar pembangkang beberapa hari lalu menyifatkan Tunku Abdul Rahman bukan pelopor pejuang kemerdekaan berbanding nama lain seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ishak Muhammad.

Pakar dan penganalisis sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan kenyataan itu sebagai cuba mengelirukan orang ramai serta ditulis tanpa memahami hakikat serta fakta yang sebenar.


Kah kah kah ….. saekor lagi kang kung di temui…. Kah kah kah…..kang kung ni dah nyanyok….. nak kelirukan apa…ngok oooi… ini fakta sejarah.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM) ditubuh 1938 – slogan mereka Merdeka!!!

United Malays National Organisation tubuh tahun 1946 ( tak caya tanya Shabery Cik) kah kah kah….. slogan - Hidup Melayu! ( ini slogan orang turki – orang melayu nak merdeka – mereka dah hidup berjuta tahun) woit …. Bacalaaa buku…. Tanya laaa orang yang masih hidup – tanya shamsiah fakeh, tanya chin peng... mereka angkat senjata lawan British… bukan pergi berunding.

Pada tahun 1938….tunku? Siapa tunku …. tungku dapor den tahulaaaaa….. kah kah kah

PEMECAH BERITA !!! HOT! TERKINI!

Back Bencher Barisan Nasional ( BNBBC) telah mendapat kelulusan mengadakan 'retreat' di luar negara mulai  7hb September hingga 19hb September 2008..

Penyertaaan para Yang Berhormat adalah wajib.

Semua mesti menghantar kopi muka hadapan passport selewatnya petang ini sebelum pejabat ditutup.

Kerjasama para YB amat-amat  di hargai. Jika ada apa-apa pertanyaan sila tanya Pengerusi atau Setiausha BNBBC. ( no talipon disertakan )

NOTA: ini adalah sms yang telah diterima dari seorang Yang Berhormat.

Apakah YB Barisan Nasional ingin dilarikan ke luar negara???

Berita akan menyusul.